Iftar anak beranak berangan

Pada 23 Ramadan bersamaan 13 Mac, ahli jamaah Masjid, KRT dan AKRAB telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid At-Taqwa Kampung Berangan. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah apabila penduduk kampung bersama-sama berbuka puasa. Selepas itu para jemaah menunaikan solat Isyak, Tarawih dan Witir secara berjemaah di masjid. Selesai solat, para hadirin turut menikmati jamuan moreh yang disediakan sebagai tanda kebersamaan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat. Program pada malam tersebut dikendalikan oleh Wan Yusof (Wan Oh) yang juga menyampaikan perkongsian kisah “Titih Anak Beranak Kampung Berangan”, iaitu cerita mengenai hubungan kekeluargaan dan sejarah ringkas masyarakat kampung yang diwarisi turun-temurun. Majlis ini bukan sahaja memeriahkan suasana Ramadan, malah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam kalangan penduduk Kampung Berangan serta menghidupkan amalan kebersamaan di masjid.
Terbaru Lebih lama