AQIDAH DAN SYARIAH

15 Mach 2014, di sini saya ingin berkongsi ilmu sedikit kepada pembaca sekalian apa yang saya dengar melalui kuliah  abdul halim bin nasir dari kedah, beliau telah memberi ceramahnya di Masjid Ikhwanul Islam ,Taman Sukma, Kuching Sarawak.

Di sini adalah beberapa ringkasan  isi ceramahnya
1.  Pengertian aqidah ialah simpulan ikatan yang kukuh kepada Allah. Semua rasul membawa aqidah yang satu cumanya beberapa bentuk syariatnya yang berlaian seperti contoh kaum nabi muda a.s setelah mereka melakukan maksiat, atau dosa syirik kepada Allah maka diperintahkannya untuk membunuh diri mereka agar dengan cara itu Allah mengampuni segala dosanya. Tetapi umat nabi muhammad apabila melakukan dosa maka perlu bertaubat dan menginsafi diri mereka.

2.  Berlawanan pula aqidah ini dengan sifat tahyul dan khurafat. Perkara itu bercanggah dengan aqidah islam. Seperti kaum musa melakukan lembu samiri  untuk dijadikan lembaga sembahannya. Hal ini juga telah dinyatakan dalam kitab bukhari ayat 14881. Husaifah bin yamani telah bertanya kepada rasullah tentang  satu perkara . Penceramah menceritakan hal hadis ini dipertengahan ayat. Beliau bertanya adakah ada selepas kegemilangan Islam ada berlaku keburukan.maka rasulullah menjawab ya. Akan timbul dikalangan mereka kulitnya sama bercakap yang sama tetapi  membawa kepada keneraka Allah.wal iyazubillah.
Jadi penceramah membawa mengaitkan cerita yang berlaku itu dengan apa yang berlaku pada kita di malaysia seperti Kasim Ahmad.bagaimana kasim ahmad masyhul dibahaskan oleh umat Islam.kenapa tidaknya, dia menolak hadis, malah beliau menyatakan mana mungkin selepas 200 tahun selepas kewafatan nabi masih orang menyingati hadis nabi.beliu menolak 60 hadis nabi. Abu hurairah beliau menolak.sedangkan abu hurairah adalah para sahabat yang baru masuk islam.
Penceramah juga mengaitkan dengan agenda bomoh yang bercanggah dengan islam. Maksud penceramah tuju kepada seorang raja 'Bomoh iaitu Dato Ibrahim, beliu dan anak buahnya melakukan tilik dalam misi mencari MH 370 yang hilang pada 8.3.2014
Semua orang gelak ketawa  malah di negara arab mengelarkan negara malaysia menggunakan sihir.
Nauzubillah.
3.  Sebenarnya apa yang berlaku kepada MH370 itu sepatutnya kita umat Islam perlu mengucapkan innalillah wainna ilaihi raun..
4. Hendaklah bersabar  diatas apa yang berlaku.kerana sabar itu adalah baik bagi kamu. Penceramah menjelaskan dengan membawa ayat al-quran dalam surah al-baqarah 155-156

Kesimpulannya
Kita harus ingat segala yang berlaku ada hikmat disebalik kejadian.

Terbaru Lebih lama