Berdakwah kepada golongan mereka yang tidak mengerti
cara dan adab realiti Islam amatlah susah, namun ianya satu cabarang bagi umat
Islam untuk membawa panji Islam keseluruh alam dengan kebenaran yang ada pada
Islam. Kaedah dakwah yang digunakan oleh pendakwah kepada mereka yang akan
masuk Islam dan sudah Islam yang dipanggil “muallaf”(yang diambil dari
perkataan arab). Adalah penting untuk penulis meneliti permasalahan di kalangan
saudara baru kerana golongan ini sering menghadapi krisis identity di peringkat
awal semasa memeluk agama Islam. Pendekatan terancang dan berhikmah dapat
melahirkan saudara baru yang berkualiti dan cemerlang.
Penulis akan mencatatkan beberapa kupasan mengenai
cara berhikmah untuk menyampaikan mesej Islam kepada golongan muallaf cina
muslim secara berkesan. Kaun cina merupakan golongan yang menjadi jiran
seharian di Negara Malaysia. penulis
akan membawa beberapa kisah dalam nostalgia bagaimana rasulullah menyampaikan
dakwah kepada golongan pendudukan madinah dan mekah. Rasulullah menjadi
ikutan terutamanya oleh pendakwah
–pendakwah masa kini.
Kaedah pendekatan yang dilakukan oleh pendakwah
merupakan satu disiplin yang kerap dibincangkan . setiap dakwah yang
dilaksanakan mempunyai cara atau metod tersendiri berteraskan ajaran al-Quran dan al-sunnah ,
ia mempunyai kaitan dengan latar belakang audien dari aspek, umur, pendidikan,
kedudukan, jantina, agama, dan kepercayaan . dakwah yang dilakukan kepada
golongan Muslim dan bukan Muslin pastinya berbeza.
Golongan Muslim telah ada keyakinan terhadap Allah
dan RasulNya. Manakala golongan non-Muslim masih jauh dari kefahaman terhadap
keyakinan tentang kekuasaan Allah dan rasulNya.
Penulis akan membincangkan perkara yang berkaitan
dengan kaedah dakwah kepada golongan masyarakat Cina yang merupakan golongan
minority terbesar di Malaysia.
2.0 KAEDAH DAKWAH KEPADA CINA
Hakikatnya, hambatan untuk melakukan satu penelitian
terhadap gerakan dakwah dalam kaedah telah lama diberikan perhatian. Pelbagai
pendekatan giat dilaksanakan. Ada yang dapat dipertingkatkan dan nada yang
terkubur di pertengahan jalan. Apa yang perlu diberikan perhatian dan
disuburkan adalah kesungguhan setiap lapisan masyarakat terhadap focus dakwah
kepada masyarakat bukan Islam.
Pendekatan yang dilakukan selama in agak terpinggir
dan usahanya kurang mendapat perhatian serius
dalam masyarakat Muslim. Kalau ada pun yang bangkit melaksanakan
tanggungjawab ini terlalu kecil bilangannya.
Di sini dibentangkan pandangan untuk sama-sama kita
melihat pendekatan dakwah kepada
masyarakat saudara baru di Malaysia khususnya dan masyarakat bukan Islam yang
lain amnya. Pendekatan ini merupakan hasil pengalaman dakwah yang dilaksanakan
melalui pakar-pakar dalam bidang dakwah serta kajian –kajian yang pernah mereka
laksanakan.
Pendekatan kaedah
atau metod itu dari aspek bahasa membawa makna jalan yang jelas.
Pendekatan dakwah boleh didefinisikan sebagai cara bagaimana pengajaran yang
disampaikan itu dapat mempengaruhi sasaran untuk menerimanya.
Sesuatu penjaran walaupun baik susah untuk diterima
oleh sasaran jika cara penyampaiannya
tidak betul. Jelas di sini bahwa kaedah dakwah itu boleh difahami sebagai peraturan, perancangan cara
atau jalan untuk menyampaikan dakwah agar ia benar-benar memberi kesan kepada
orang yang didakwahnya.
Dalam al-quran terdapat banyak ayat yang ada
hubungkait dengan dakwah. Pelbagai kaedah boleh diterjemahkan bila mana penulis melihat sirah Rasul dan hubung
kaitnya dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan dakwah.
Diantara ayat
di dalam surah al-nahl ayat 125
maksudnya
“Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan
hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka
dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya tuhanmu dialah juga yang lebih
mengetahui akan orang –orang yang mendapat hidayah petunjuk”
Dalam ayat ini jelas Allah memberikan garis panduan asasi dalam berdakwah:
I.
Pendekatan hikmah
II.
Pendekatan al-muaizah al-hasanah atau
nasihat yang baik.
III.
Pendekatan diskusi (perbincangan dengan
cara yang lebih baik)
2.1 PENDEKATAN HIKMAH.
Definisi hikmah dari
segi bahasa mempunyai Sembilan pengertian,keadilan, tahan marah, kenabian,
sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan, tiap-tiap perkataan yang
bertepatan dengan yang hak kebenaran, meletakkan sesuatu pada
tempatnya,perkataan yang betul dan tepat, sesuatu yang mencegah berlaku
kerosakan dan mengetahui sebaik-baik perkara dengan sebaik-baik ilmu.
Dari segi tafsir,
hikmah membawa maksud pendekatan yang berhubungkait dengan sifat-sifat
pendakwah, iaitu al-quran dan assunnah mengikut pandangan ibnu jarir di dalam
tafsir ibn kathir.
Berdasarkan definisi
hikmah dari segi bahasa dan pandangan ulama tafsir itu, isi kandungan dakwah ke
jalan Allah itu perlulah diambil dari
al-quran segala penerangan yang diberikan sewajarnya bertepatan dengan
kebenaran, serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh menerangkan
kebenaran serta menghilangkan segala keraguan.
2.2 PENDEKATAN
AL-MAUIZAH AL-HASANAH
Nasihat yang baik
menurut pandangan ulama tafsir ialah mendatangkan perumpamaan dan peringatan
sehingga memberi kesan kepada hati mansia,dengan peringkat tersebut mereka
lebih berhati-hati dari melakukan
perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah.
Satu lagi dengan makna,
memberi peringatan, teguran dan contoh-contoh reality kehidupan manusia supaya
mereka tidak melakukakn perkara-perkara
yang mendatangkan kederhakaan.
2.3 PENDEKATAN DISKUSI
(PERBINCANGAN DENGAN CARA YANG LEBIH BAIK)
Gunakanlah penampilan
diskusi yang professional. Ia akan membawa kepada keterbuakaan semua pihak untuk
berbincang dan bertukar –tukar fikiran. Jangan menyelar peribadi dan agama kaum
lain kerana ini akan membawa rasa tidak
puas hati dan kemarahan.
Dalam usaha diskusi
tersebut sewajarnya tiada seorang pun yang merasakan dirinya ditekan dan
dipaksa kecuali ia merupakan satu pentas
dialog untuk mencari kebenaran bersama
secara terbuka dengan menjaga
perinsip-perinsip Islam. Ketiga-tiga pendekatan ini amat sesuai dan boleh
menjadi garis panduan yang jelas untuk penulis menghasilan metod –metod dakwah yang lain.
3.0 PENDEKATAN DAKWAH MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
Melalui pengalaman sebagai pembimbing dan tenaga
pengajar kepada masyarakat bukan Islam
khususnya di kalangan masyarakat Cina, metod dakwah yang difikirkan sesuai untuk diaplikasikan
adalah seperti berikut
3.1
PENDEKATAN DIALOG
Pendekatan
dialog merupakan metod yang paling popular di kalangan masyarakat majmuk
khususnya bangsa Cina. Perkara yang
perlu diberikan perhatian bahawa dialog
yang diperlukan bukanlah seperti perbincangan di tempat umum atau
terbuka. Ciri-ciri dialog yang
diperlukan seperti berikut
I.
Penceramah perlu memastikan memiliki
maklumat serta memahami masalah yang dihadapai di sesuatu tempat.
II.
Penggunaan kaedah targhib (galakan,dorongan, kelebihan ) dalam
melakukan sesuatu amalan mewakili 2/3
dari isi ceramah yang disampaikan . manakala tarhib (kecaman , balasan)
mewakili 1/3 dari isi ceramah. Penggunaan kaedah terghib in diumpamakan seperti manisan atau madu dan tarhib
diibaratkan seperti cili. Manusia pada
lazimnya menyukai makanan yang manis lebih banyak daripada makanan pedas.
Targhib tanpa tarhib akan membawa
kepincangan dalam seruan dakwah dan pengamalan.
III.
Cerita-cerita sebgai suri tauladan. Melalui cerita-cerita
dari kisah al-quran , sahabat, tabi’in
salaf as-soleh dan cerita semasa,
penceramah perlu mengaitkan dengan reality sekarang dan bagaimana hendak mengaplikasikannya. Kesan dari
penceritaan tersebut diharapkan mampu mendekatkan kefahaman terhadap ajaran
islam itu sendiri.
IV.
Soal jawab adalah perlu bagi penceramah
meluangkan sedikit masa contohnya 1/5 dari masa
penerangannya untuk sesi soal jawab.
3.2 PENDEKATAN
KAUSELING
Pendekata kaunseling
dalam dakwah merupakan satu metod yang amat penting. Permasalahan dalam
kehidupan manusia silih berganti dan tiada
kesudahannya . golongan masyarakat Cina kebanyakannya amat kurang
memahami dan mengetahui ilmu –ilmu yang berkaitan dengan ajaran Islam.
Golongan yang menerima pendidikan di peringkat tinggi jauh
lebih sedikit sekiranya dibandingkan dengan golongan yang berpendidikan rendah.
Oleh kerana itu kemahiran untuk
mengatasi masalah terlalu sedikit yang mereka kuasai. Melalui pendekatan
metod kaunseling ini, mereka akan mendapat laternatif baru atau
memperkembangkan potensi bagi menyelesaika suatu masalah.
Kaunselor mesti
mempunyai pendidikan agama yang mantap. Kaunselor mesti menguasai kefahaman
kepada tiga prinsip asas kuanseling
danberusaha mengaplikasikan semaksimum
mungkin di dalam proses kaunseling yang dilakukan. Tanpa memahami dan menjiwai ketiga-tiga prinsip diatas, natijah yan
diharapkan akan sukar untuk dijelmaka. Prinsip asas kauseling tersebut:
a. Keterbukaan
b. Kesediaan
c. Kerahsiaan
4.0 PENDEKATAN KAUSELING YANG DICADANGKAN
a. Kanseling
individu
Bagi
memasitkan keberkesanaan proses kaunseling individu yang dijalankan, asas –asas
berikut perlu dikuasai
·
Ta’aruf(proses suai kenal)
·
Tafahum (proses saling memahami)
·
Ta’lif ( proses menjinakan dan
penyatuan)
·
Taklif (proses malahirkan kesediaan
memikul tanggungjawab)
b.
Kaunseling kelompok
·
Menanam sifat ukhuwah islamik
·
Setia kawan
·
Jujur dan amanah
·
Kerjasama dan tolong menolong
·
Mencari kekautan dan kelebihan yang ada
pada seseorang
·
Lihat keburukan sendiri dan pandang
kebaikan orang lain.
·
Saling bermaafan diantara satu sama lain
·
Menanamkan sifat ithar (mengutamakan
sahabat dari diri sendiri apabila diperlukan)
5.0 PENDEKATAN MELALUI BAHAN BACAAN
Metod membaca
bahan-bahan ringan amat sesuai kepada sebahagian masyarakat Cina seperti juga
lain-lain kaum. Ia boleh dikembangkan
dengan memperbanyakkan bahan-bahan bacaan ringan. Antara bahan ringan yang
difikirkan perlu:
1. Buku berkaitan aqidah, rukun iman dan rukun Islam
2. Buku
berkaitan ibadat asas seperti
sembahyang.
3. Buku
berkatian dengan pembinaan adab dan
akhlak
4. Buku
kelebihan sesuatu amalan seperti zikir, amanah, pendidikan, kekeluargaan,
menutup aurat dan lainnya.
5. Buku berkaitan ancaman-ancaman terhadap dosa-dosa
yang dilakukan.
6. Buku
berkaitan kisah dan teladan
7. Buku
berkaitan lelaki soleh dan perempuan solehah
8. Buku
keluarga sakinah
9. Buku
pendidikan keluarga.
10. Buku
perbandingan agama.
11. Buku
sains muamalah islam
12. Buku mukjizat al-quran
6.0 PENDEKATAN LAWATAN
Pendekatan lawatan merupakan salah satu agenda
tahunan yang praktikal untuk masyarakat saudara baru. Metod ini boleh diperkemaskan lagi dengan pendekatan atau konsep
permusafiran di samping pengisian yang bermanfaat.
Perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk memenuhi metod lawatan in antaranya ialah:
b. Membuat
pemilihan tempat yang hendak dituju
berdasarkan kepentingan dan kesesuaian
c. Pembatasan
atau pengawalan pergaulan lelali dan perempuan
d. Program
yang tidak ketelaluan dari sudut moral dan tidak bertentangan dengan agama.