TENANG DENGAN BERSEDEKAH

Sebenarnya kejadian ini sudah hampir seminggu berlalu, Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menulisnya pada hari kejadian kerana ingin melihat reaksi masyarakat tempatan tentang Arwah. Pada petang isnin minggu lepas aku mendapat berita mengatakan salah seorang penduduk kampung aku baru sahaja meninggal dunia, disebabkan waktu tu hujan lebat dan hari sudah hampir malam, Imam mengambil keputusan untuk melakukan pengurusan dan pengkebumian jenazah pada keesokan harinya.



Yang menariknya tentang Arwah ini ialah pada hayatnya beliau merupakan salah seorang jemaah yang selalu berjemaah di masjid dan beliau juga merupakan salah seorang hartawan di kampung aku. Arwah agak tidak di disenangi oleh penduduk kampung kerana sikap dan cara percakapan nya agk tidak berlapik dan sindirannya banyak membuat orang makan hati, dan semasa hidupnya banyak orang yang berbicara dan tengtang sikapnya itu, tidak terlampau jika aku mengatakan arwah lebih dikenali sebagai seorang cakap ikut sedap mulut je.

 Tapi segala tanggapan dan semua perkara negatif ini terhenti sebaik sahaja Arwah meninggal dunia, tidak seperti sebelumnya jika nama arwah disebut biasanya hanya sindiran dan keceluparan mulut beliau yang akan dikaitan. Namun selepas je arwah menghembuskan nafas yang terdengar di telinga aku tentang arwah ialah sifat sifat baik hati, pemurah dan jasa yang telah beliau lakukan, bahkan pada malam kematian beliau kiri kanan jalan rumahnya penuh sesak dengan deretan kenderaan yang datang menziarahi jenazah Beliau. Pada keesokan harinya disaat jenazah hendak disembahyangkan di masjid, hadirin yang datang untuk sembahyang jenazah memenuhi ruangan masjid, menyebabkan aku dan ramai lagi tidak berpeluang untuk turut serata. Bahkan terdapat dua buah bas yang disewa khas oleh pihak pengurusan dari dua buah sekolah pondok yang agat terkanal di Kelantan, turut hadir bersama pelajarnya bagi menyertai solat Jenazah, sewaktu solat jenazah hendak dimulakan berlaku satu lagi kejutan, dengan Kemunculan Menteri Besar Kelantan Tuan guru Nik Aziz Nik Mat, Yang sanggup hadir dan mengimamkan solat jenazah tersebut.

 Dan dari saat kematian Arwah hinggalah saat aku menulis post ini yang, perkara yang dibualkan tentang arwah hanyalah tentang kebaikan dan sedekah yang telah beliau lakukan dalan hayatnya, langsung tidar terdengar perkara negatif tentang beliau, antaranya sedekah yang arwah lakukan ialah sumbangan pembangunan untuk beberapa sekolah pondok, berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk Baik pulih masjid Kg aku, Bantuan kewangan kepada mereka yang tak cukup duit untuk menunaikan haji, bantuan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan, dan kalau nak dituliskan semuanya, memang berjela.

 Namun semua sedekah dan derma Itu arwah lakukan dalam diam dan di memang pantang dan cukup marah kalau ada orang atau penerima sumbangan itu yang membocorkan rahsia atau bercakap dan bercerita pada orang lain tentang sumbangan yang dia lakukan. walaupun begitu semuanya kebaikan dan kemurahan hati beliau umpama ditarik keluar dari tempat persembunyian dan terpandang keseluruh alam dan kebaikan itu tersebar tanpa dipinta dirancang dan dipaksa sehinggakan menutup dan melindunggi semua perkara negatif yang selama ini diperkatakan. Yang bermain dikepala kau cuma Sungguh Hebat dan Nikmatnya amalan sedekah ni…….

Ps : Agaknya bila roh kita dicabut dari badan apa la cerita yang orang akan cakap tentang KITA ???? Fadhilat Sedekah Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).

 “ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)

 Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” . {Al Baqarah (2) : 261}

 Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ” Kebaikan dan kelebihan Sedekah Sebahagian ulama berkata :

Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat. Lima di dunia:
 1. Mencucikan hartanya
 2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya
 Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Terbaru Lebih lama