Program Khas

Sheikh Mahmoud Siyyam mantan Imam Besar Masjid Al-Aqsa dan Rektor Universiti Gaza Palestin akan memimpin Solat Isya dan sunat Terawih pada Khamis 9 Ogos di MIITS (Masjid Taman SUKMA)

Nota:
Untuk makluman semua, Sheikh Mohd Mahmood Siyam rakyat Palestine adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Asaq, Palestine. Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.

Sheikh Mahmud Siyam sangat menjaga masa. Beliau akan ke tempat ceramahnya seawal mungkin supaya penganjur tidak tertunggu-tunggu kehadiran beliau. Katanya, jika dia tiba lewat di tempat ceramah, orang tak kata driver Sheikh Siyam yang lambat, orang akan kata Sheikh Siyam lambat sampai.



Para Hadirin mendengar Tazkirah

Cikgu Hashim dan di belakang Sdra Junaidi Edek berbaris untuk bersalam

Juruaudit memeluk Imam

Jamuan selepas Tarawih
Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma sering mengadakan pelbagai majlis ilmu sama ada kuliyah, tazkirah, majlis majlis bercorak keagamaan dan sebagai nya.

Dengan penghayatan bulan yg mulia, ramadhan Al Mubaraq, pihak pengurusan telah menjemput beberapa orang yang menggerakkan tazkirah dan sembahyang tarawih sepanjang bulan ramadhan, termasuklah ustaz ustaz dan beberapa orang ulama.

Antara yang diundang termasuk Imam Masjid An-Nur Ramallah Palestin Sheikh Musab Ismail Muhammad Hashlamn pada 27 Julai 2012; Dr Sheikh Mustafa Fazal Rahman, imam dari Makkah pada 29 Julai dan kini Sheikh Mahmoud Siyam serta beberapa nama lagi yang tidak dinyatkan di sini.

2009 di KL
Terbaru Lebih lama