GARIS PANDUAN KHAIRAT KEMATIAN

GARIS PANDUAN BIRO (KHAIRAT KEMATIAN )
 MASJID ATTAQWA KAMPUNG BERANGAN, 
SELISING PASIR PUTEH KELANTAN
 FASAL 1
NAMA DAN ALAMAT (KHAIRAT KEMATIAN) 
Masjid Attaqwa Mukim berangan selising 16810 Pasir Puteh Kelantan. 
Web : www.khairatkematian2005.blogspot.com 

 FASAL 2
TUJUAN 
 2.1 Memberi khidmat kebajikan kepada ahli KHAIRAT KEMATIAN di qariah kampung Berangan dan ahli KHAIRAT KEMATIAN di luar kampung. Terutama ketika berlakunya kematian keatas diri sendiri atau keluarga mereka. Biro KHAIRAT KEMATIAN menyediakan kemudahan dan kelengkapan pengurusan jenazah dengan cepat dan mudah. Hal ini bertepatan dengan suruhan nabi s.a.w supaya menyegerakan pengurusan jenazah bila tiba masa kematian. Ahli jawatankuasa KHAIRAT KEMATIAN sudi berhidmat penuh didikasi dan keikhlasan bagi membantu kesulitan dan mencapai objektif penubuhan khairat kematian.

 PASAL 3 OBJEKTIF 

 3.1 Khairat Kematian dapat menyediakan khidmat pengurusan jenazah yang pantas kerana biro khairat Kematian menyediakan kelengkapan jenazah dan pengurusan dengan penuh keikhlasan.

 3.2 Mewujudkan satu organisasi yang mapan dan berintigriti bertanggungjawab hal ehwal masyarakat serta berperanan menjalankan aktiviti memupukkan kesefahaman,kesedaran dalam membantu masyarakat yang dhaif dan kurang bernasib baik. 

 3.3 Menggalakkan semua muslimin dan muslimat menyertai Khairat Kematian dengan menderma berkongsepkan tabarru’ dan taawun dengan kadar yuran tahunan yang mampu dilaksanakan. Tambahan pula Agama Islam meletakkan darjat yang tinggi dan mulia kepada penderma yang membantu saudara Islam yang terkena musibah.

 3.4 Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada anak mukim Berangan dan jiran dan melaksanakan fungsi Masjid sebagaimana dituntut oleh Islam. 

 3.5 Khairat Kematian menyumpul dana derma,zakat dan bantuan untuk diagihkan kepada asnaf dan anak-anak yatim 

 FASAL 4 KEAHLIAN

 4.1 Keahlian kepada warga kampong Berangan dan sekitarnya serta waris warga yang tinggal diluar adalah dipelawa untuk menjadi ahli khirat kematian ini.

 4.2 Ketua keluarga hanya berdaftar seorang sahaja dan layak menerima manfaat mereka dibawahnya termasuk isteri, anak sendiri atau anak angkat yang kurang 25 tahun atau berada di pusat pengajian IPT atau IPTA( tempatan atau luar Negara)

 4.3 Setiap ahli mesti menunjukkan kad ahli Khairat Kematian sekiranya berlaku kematian. Perkara penting ialah fotostart sijil kematian. Segala urusan akan disahkan oleh Pengurus Khairat Kematian di Kampung Berangan. 

 4.4 Yuran keahlian sebanyak Rm 12.00 untuk pertama kali mendaftar. Manakala yuran tahunan sebanyak Rm 25.00. Yuran tersebut hendaklah dijelaskan pada awal bulan Disember setiap tahun. Penyesahan menjadi ahli apabila ahli membuat pembayaran yuran yang dibayar kepada bendahari Khairat Kematian dan mendapat resit pembayaran yang disahkan.

 4.5 Peserta yang telah didaftarkan akan menerima resit pembayaran dan number ahli. 4.6 Kelayakkan kepada ahli menerima khidmat ini berkuatkuasa dari tarikh 1 Januari sehingga 30 Disember. Kelewatan memperbaharui keahli menyebabkan manfaat Khairat Kematian tidak ditanggung oleh Biro Khairat Kematian. 

 FASAL 5 

 KADAR BAYARAN YANG DITANGGONG OLEH KHAIRAT KEMATIAN RINGKASAN PEMBERIAN MANFAAT AHLI BERDAFTAR DENGAN KHAIRAT KEMATIAN TIADA HAD UMUR MANFAAT SUMBANGAN KETUA KELUARGA RM 25.00 SETAHUN KEMATIAN AHLI DAN PASANGAN RM 500.00 ANAK AHLI RM 300.00 IBUBAPA MERTUA KAIN KAPAN KEGUGURAN ANAK RM100 TAHLIL ARWAH DI MASJID ATTAQWA MUKIM BERANGAN

 6.1 Manfaat Khairat kematian ini diberikan kepada ketua keluarga dan isterinya dengan kadar jumlah Rm 500

 6.2 Kematian yang berlaku kepada anak ahli akan menerima manfaat sebanyak Rm 300 6.4 Anak ahli mati sebelum sampai umur 2 minggu atau keguguran berhak mendapat manfaat Khairat. 

 6.5 Ibubapa mertua ahli juga layak mendapat manfaaat Khairat Kematian 6.6 Kadar bayaran hadiah ahli yang sakit tenak diberikan mengikut keputusan mesyuarat ahli jawatan kuasa Khairat kematian dengan kadar semasa.

 6.7 Tahlil arwah di niatkan kepada jenazah ahli akan adakan pada malam pertama, kedua dan ketika yang dikendalikan oleh imam Masjid Attaqwa Mukim Berangan.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama